Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa UNITEN Peringkat Asas / Sarjana Muda 2018
Sponsored by Yayasan Tenaga Nasional (TNB)
Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa dan pinjaman boleh ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di UNITEN, Universiti Awam dan Universiti Terkemuka Luar Negara mengikut iklan yang dikeluarkan.
Bidang Tajaan
Asas Kejuruteraan
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
Asas Bukan Kejuruteraan
- Sains Komputer
- Perakaunan
- Pemasaran / Perniagaan Antarabangsa
Syarat & Kelayakan Akademik
Lulus peperiksaan SPM 2017 dengan memperolehi minimum A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Bidang Kejuruteraan
Lulus peperiksaan SPM 2017 dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
- Bahasa Melayu
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
Bidang Bukan Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- dan 3 subjek pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Syarat Tambahan Permohonan
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2018
- Aktif dalam Kegiatan Ko-Kokurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh buka permohonan adalah pada 15 Mac 2018
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2018
- Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga pada 28 Mac 2018
Lain-Lain
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Pertanyaan
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Pengambilan
- En. Mohd Nasir Ali (samb : 7511)
- En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
- Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
- En. Mohamad Syahir (samb : 7529)
Teknikal / Sistem
- Encik Muhamad Ros Azmir (samb : 7523)
- Pn Noor Marhammah Wahab (samb : 7543)
Layari untuk membuat permohonan.
Lain-lain Tawaran
- Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa Program Universiti Terkemuka Luar Negara 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Asas / Sarjana Muda 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Diploma 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah Universiti Awam Peringkat Diploma / Sarjana Muda 2018
Source:
Want to Know More About Scholarship
Have questions about studying in Malaysia? Fill out the form below to submit your inquiry and receive information and advice on education options, course fees, scholarhips, and more.
You can discover a wide range of universities and colleges in Malaysia that align with your academic goals , campus preferences, location and within your budget. Find the perfect place to pursue your studies and achieve your aspirations. Parents too, can explore a list of quality international schools for their children.