| Deadline | Ongoing |
|---|---|
| Organisation Type | Government Agencies |
| Fund Type | Scholarship |
| Study Local or Abroad? | International |
Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia.
Penajaan ini ditawarkan secara berpakej meliputi peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Bentuk Penajaan: Pinjaman Boleh Ubah (PBU) berasaskan merit akademik
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit dan sihat untuk meneruskan pengajian
- Tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh JPA
- Tidak menerima tajaan lain pada peringkat pengajian yang sama
- Tidak pernah ditamatkan tajaan oleh JPA akibat pelanggaran syarat
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama
- Berumur di bawah 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan)
- Keutamaan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40
- Penguasaan Bahasa Mandarin diberi keutamaan untuk penajaan ke China
Syarat Khusus
Bidang Kejuruteraan / Sains dan Teknologi
- Minimum 9A+ bagi mata pelajaran utama termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan subjek berkaitan
- Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada)
Selain bidang Kejuruteraan / Sains dan Teknologi
- Minimum 8A+ bagi mata pelajaran utama termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains dan subjek berkaitan
- Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada)
Institusi Pengajian
- Program persediaan di kolej yang dikenal pasti
- Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia berdasarkan QS World University Rankings
- Top 20 universiti dunia (keseluruhan); atau
- Top 10 universiti dunia mengikut bidang
- Tiada penajaan ke Singapura
- Penajaan ke Amerika Syarikat tertakluk kepada dasar semasa
Bidang Pengajian
- Terbuka kepada semua bidang pengajian
Nota: Semua syarat tertakluk kepada dasar penajaan semasa.
Permohonan biasanya dibuka sekitar April hingga Mei setiap tahun. Pastikan anda tidak terlepas tarikh permohonan.
Maklumat lanjut:?