| Deadline | Ongoing |
|---|---|
| Organisation Type | Government Agencies |
| Fund Type | Scholarship |
| Study Local or Abroad? | Local |
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.
Penajaan ini ditawarkan secara berpakej meliputi peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Bentuk Penajaan: Pinjaman Boleh Ubah (PBU) berasaskan merit akademik
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit dan sihat untuk meneruskan pengajian
- Tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh JPA
- Tidak menerima tajaan lain pada peringkat pengajian yang sama
- Tidak pernah ditamatkan tajaan oleh JPA akibat pelanggaran syarat
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama
- Berumur di bawah 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan)
- Keutamaan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40
Syarat Khusus
- Minimum 9A+ dalam SPM
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet
- Memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran
Institusi Pengajian
- Universiti Awam (UA)
- Government Linked Universities (GLU)
- Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih
Bidang Pengajian
Semua bidang pengajian kecuali:
- Pendidikan
- Penerbangan
- Kejururawatan
- Separa Perubatan
- Program Berkembar
- Sijil Profesional (contoh: CLP, Chartered Accountancy)
Nota: Semua syarat tertakluk kepada dasar penajaan semasa.
Maklumat lanjut & permohonan:?